FANDOM


General   OnLine   Lists   Trivia   Quotes   Photos   Other   Transcript   Terjemahan    


Rumusan dalam Satu Ayat

Pak Cik Raja Julien menurun takhta, dan memberi kedaulatannya kepada Putera Julien. Di sini mulanya pemerintahan Raja Julien Ketigabelas!

Plot

Putera Julien ke-13 mimpi tentang menjadi Raja lemur terhebat di dalam sejarah Madagaskar, dimana rakyat kerajaan beliau berpesta sebelum mereka diserang oleh foosa. Raja Julien dengan beraninya melawan foosa-foosa tersebut dengan seni mempertahankan dirinya, dan juga kekuatan musik. Malangnya, dia dikejutkan oleh Maurice yang mengatakan bahawa ada pesta menari di pokok baobab. Maurice sudah teka bahawa Putera Julien sedang mimpi benda yang sama, dan cuba meyakinkan Putera itu bahawa mimpi itu akan menjadi realiti satu hari nanti. Tetapi Putera Julien mengatakan bahawa satu-satunya cara untuk itu berlaku ialah jika dia meminta mahkota diraja daripada Pak Ciknya. Dan ia disebut bahawa Pak Cik Raja Julien menggunakan kesempatan separuh daripada kerajaan itu dimakan oleh foosa tahun lepas, untuk membuat rakyatnya senyap dan diam pada setiap masa yang membuat Putera Julien rasa serik.

Selepas Masikura meramalkan bahawa sipemakai mahkota akan dimakan oleh foosa, Pak Cik Raja Julien memberikan mahkotanya kepada Putera Julien ketigabelas. Raja Julien dengan seronoknya membuat satu pesta pertabalan di dalam kerajaannya sebelum mereka diserang oleh foosa dan menangkap semua rakyat lemur Raja Julien kecuali Maurice, dan Clover. Raja Julien dengan beraninya bertekad untuk melawan foosa-foosa tersebut, selepas memikir bahawa mesti ada sebab kenapa Tuhan memilihnya, dan mungkin sebab itu adalah untuk dia dimakan sambil menyelamatkan rakyatnya. Dengan pertolongan Maurice, Raja Julien menuju ke Cove of Wonders (Teluk Keajaiban) selepas Masikura memberitahunya bahawa beliau akan jumpa senjatanya di sana dan akan terus tahu bahawa itulah senjata yang akan digunakan untuk menyelamatkan kerajaannya. Selepas perhatiannya terganggu oleh sebuah 'boombox' yang belilau jumpa, Maurice cadangkan Raja Julien untuk mencari benda lain yang ada lebih kuasa menembak daripada bes ultra. Akhirnya beliau jumpa pemukul dan bola, dan membuktikan kepada Maurice bahawa itulah senjatanya apabila Maurice tidak boleh menyentuh Raja Julien langsung. Dengan senjatanya bersamanya, Raja Julien menuju ke kawasan taklukan foosa, dan melawan mereka dengan senjata barunya. Rupa-rupanya senjata itu tidak berguna langsung untuk melawan foosa apabila si foosa itu memutuskan tali yang menyambungkan pemukul dengan bola itu, dan mematahkan pemukul itu. Akhrinya, Maurice menyedari bahawa senjata rahsia Raja Julien adalah benda pertama yang dia jumpa iaitu boombox itu. Dia meninggalkan tempaat itu dan kembali bersama boombox itu, sambil Raja Julien menyelamatkan rakyatnya sampil menari dan mengalahkan foosa-foosa itu, sambil bes ultra boombox itu menjatuhkan setindan batu ke atas foosa-foosa, sikit demi sedikit. Tetapi malangnya, boombox itu meletup sebelum berjaya mengalahkan foosa-foosa itu, dan seekor foosa sempat mengigit Raja Julien. Jeritan diraja yang amat kuat disebabkan oleh kesakitan itu memcahkan satu batu yang kecil, dan runtuhlah batu-batu tersebut menyelamatkan lemur-lemur daripada foosa buat sementara waktu.

Untuk menyambut kemenangan beliau, Raja Julien membuat satu lagi pesta di tengah malam dengan boombox yang telah dibaikikan. Selepas Raja Julien menampak keberanian Clover semasa beliau cuba melawan foosa-foosa semasa serangan tersebut, dan juga apabila dia bersukarela untuk mengikut Raja Julien ke kawasan penjajahan foosa, Raja Julien menaikkan pangkat Clover kepada Ketua Pengawal Ekor Bercincin, yang membuatkan Clover rasa amat seronok.

Episod itu berakhir dengan Pak Cik Raja Julien membaring di atas sebuah pokok sambil meminum air, memikir jika Raja Julien sudah terbunuh belum.

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.