FANDOM


General   OnLine   Lists   Trivia   Quotes   Photos   Other   Transcript   Terjemahan    

Rumusan dalam Satu Ayat

Maurice dan Raja Julien berebut sebuah kamera, tetapi selepas itu Maurice hilang dan perlu dicari.

Plot

Maurice mula serabut kerana Raja Julien asyik mengambil barang-barangnya dan mengatakan bahawa ia adalah harta diraja. Sementara itu, monyet-monyet sedang bermain dengan sebuah kamera yang ditinggal oleh seorang pelancong. Apabila pelancong tersebut pulang semula, mereka terus membaling kamera tersbut ke arah habitat lemur. Maurice menangkap kamera tersebut dan Raja Julien cuba untuk mengambilnya (Raja Julien mempercayai bahawa ini adalah satu hadiah yang dihadiahkan kepadanya oleh "semangat langit"). Mereka berebut kamera tersebut, sebelum Raja Julien terambil gambar. Maurice terjatuh dan terkeluar daripada tanah zoo itu. Raja Julien merasakan bahawa Maurice terperangkap di dalam kamera tersebut sebagai satu balasan kerana mencabar kedaulatan beliau sebagai seorang Raja.

Selepas diminta oleh Mort untuk menyiasat apa yang berlaku kepada Maurice, Skipper dan rakan sepasukannya mendapati bahawa Maurice terjatuh ke dalam tong sampah. Dan selepas itu dia dihantar ke sebuah tapak pelupusan di New Jersey. Si penguin-penguin jumpa Maurice di sana, dan memaksa mereka untuk kembali semula ke zoo.

Raja Julien gagal berberapa dalam usaha untuk memcahkan kamera tersebut apabila dia cuba melepaskan satu batu yang besar ke atas kamera tersebut; akhirnya Mort yang terkena batu itu. Sambil Julien meminta untuk Maurice dibebaskan, Maurice dilempar ke dalam zoo oleh si penguin-penguin dan terjatuh atas butang untuk mengambil gambar. Sekali lagi sinaran dari kamera itu membuat Raja Julien tidak lihat apa-apa buat sementara waktu, sampailah beliau nampak Maurice. Raja Julien percaya bahawa Maurice dibebaskan dengan kuasa beliau dan "semangat langit", walaupun Skipper mengatakan bahawa dia yang membawa Maurice balik ke zoo. Mort yang masih dibawah batu besar itu tidak dihiraukan langsung.

Lagu

  • N/A

Siaran di saluran lain selain Nickelodeon USA

  • Malaysia - TV3, TV9 (dalam bahasa Melayu)
Dan banyak lagi...

BALIK PADA
General   OnLine   Lists   Trivia   Quotes   Photos   Other   Transcript   Terjemahan    

TAMAT

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.