FANDOM


General   Translations    

All Hail King Julien adalah satu terbitan turunan daripada francais Madagascar yang pertama kali dikeluarkan di Netflix pada 19hb Disember, 2014. Siri ini memaparkan kejadian-kejadian sebelum filem pertama. Ia berakhir is Musim keempat yang disiarkan pada 11hb November 2016, dan disambung dengan siri baharu iaitu All Hail King Julien: Exiled yang disiarkan pada 12hb Mei, 2017. Siri ini berakhir dengan Musim ke-5 pada 1hb Disember 2017, dimana Episod ke-13 menutupkan siri ini dengan mengaitkannya bersama dengan filem Madagascar.

Plot

Cerita ini mengikuti kisah Raja Julien dalam berberapa pengembaraannya di Madagaskar sebagai Raja bagi kerajaan lemur selepas Raja yang terdahulu, Pak Cik Raja Julien menurun takhta secara tiba-tiba, memberi Raja Julien peluang untuk akhirnya mencapai mimpinya untuk menjadi Raja bagi rakyat lemurnya. Tetapi Raja Julien selepas itu menyedari bahawa menjadi Raja bukan sahaja semua keseronokan, kegembiraan dan berpesta, dan dia bertemu dengan beribu-ribu cabaran seperti cuba mendapat sokongan rakyatnya dan berdepan dengan ancaman-ancaman berbahaya seperti Foosa yang memakan lemur, dan si Fanaloka bijak dan jahat, Karl, yang memilih Raja Julien sebagai musuh ketatnya. Malangnya bagi Raja Julien, bukan sahaja ada ancaman dari luar negeri kerana ada juga orang seperti Pak Ciknya yang cuba untuk mendapatkan balik takhtanya. Tetapi Raja Julien bernasib baik kerana dia tidak menakluk kerajaannya berseorangan apabila adanya penasihatnya yang bijak.

Karakter-karakter

Karakter Utama

  • Raja Julien: Dahulunya dikenali sebagai Putera Julien ke-13, Raja Julien diberi jawatannya sebagai Raja oleh Pak Ciknya untuk cuba membunuh anak sedaranya.
  • Maurice: Penasihat kepada Raja Julien XIII yang menolong Raja Julien bersama dengan Clover dan Mort untuk menyelesaikan apa-apa masalah.
  • Mort: Kawan terbaik Raja Julien XIII (pada Mort) yang amat taksub dengan kaki diraja Raja Julien. Raja Julien suka guna Mort untuk apa-apa cubaan yang bahaya termasuk untuk mengesan apa-apa perangkap berbahaya.
  • Clover: Pengawal peribadi Raja Julien XIII dan juga ketua bagi Pengawal Ekor Bercincin Diraja yang mahir dalam seni pertahanan diri dan kerap dilihat mempertahankan Rajanya daripada apa-apa ancaman menggunakan kemahirannya.

Karakter-Karakter Lain

  • Masikura: Sumpah-sumpah yang telahpun menjadi penasihat psikik diraja selama berberapa generasi Raja Julien. Dia boleh membaca minda seseorang dengan melekatkan lidahnya di kepala orang itu.
  • Xixi: Pemberita, personaliti TV dan wartawan Madagaskar kepercayaan Raja Julien yang selalu melaporkan tentang apa-apa berita terkini di Madagaskar.
  • Timo: Seorang yang pakar dalam bidang sains dan teknologi. Dia merupakan Science Wizard atau Penyihir Sains bagi Raja Julien.
  • Willie: Seorang penakut tetapi agak bersemangat, dan merupakan kapten bagi kapal Old Porcelain Sized atau kini dikenali sebagai S.S. Pee Pee Pants.
  • Hector: Orang kedua yang tertua dikalangan lemur-lemur di Madagaskar. Dia suka membina menara menggunakan mancis-mancis dan tidak suka banyak benda.
  • Horst: Orang yang lebih suka bersendirian, Horst selalu dilihat bersama airnya. Dia telah bercerai dengan bekas isterinya, Mary Ann, tetapi telah bergabung semula pada episod The Day After Yesterday.
  • Pancho: Pancho kerap bereaksi secara berlebih-lebihan, dan dikenali sebagai seorang penjenayah yang selalu membuat jenayah bersama kawannya Andy. Beliau adalah bekas ejen Pak Cik Raja Julien.
  • Ted: Ted selalu kemas, agak dramatik dan dikenali sebagai penakut dan tiada kemahiran untuk melawan sampailah dia bertemu dengan Snake pada episod Iron Ted Weekend. Dia merupakan suami kepada Dorothy.
  • Dorothy: Lemah lembut, sopan, tetapi cepat cemas apabila ada apa-apa. Beliau merupakan isteri kepada Ted walaupun hubungan mereka tidak begitu rapat.
  • Abner: Seorang lemur yang suka memberontak dan merupakan antara pengasas Lemur Alliance Liberation Army (Perikatan Askar Kebebasan Lemur). Dia juga suami kepada Becca.
  • Becca: Bijak dan licik, Becca merupakan seorang pemberontak yang mahu menjatuhkan Raja Julien XIII. Dia adalah isteri kepada Abner.
  • Todd: Anak kepada Butterfish dan Tammy, Todd selalu menang apa-apa pertandingan untuk emaknya
  • Tammy: Lemur yang dikenali sebagai seorang yang ada angin dan selalu mengagumi anaknya, Todd. Dia juga mengguna anaknya itu untuk kebaikannya sendiri. Isteri kepada Butterfish.
  • Butterfish: Seorang lemur yang selalu sibuk dengan kerjanya dan selalu lapar. Dia berberapa kali dilihat sebagai pengawal di apa-apa kelab, pesta dan konsert di Madagaskar. Beliau juga suami pada Tammy.
  • Rob McTodd: Bekas kawan terbaik Raja Julien XIII, dia suka mengusik orang dan merupakan jururawat di Hospital Club Moist.
  • Doktor S: Doktor di Hospital Club Moist, bekas orang jahat dan masih ada niat jahatnya kadang-kadang. Kawan kepada Rob dan merupakan bekas doktor pembedahan plastik kepadanya.
  • Puteri Julienne dan Putera Barty: Ibubapa Raja Julien XIII yang kaya raya dan berkehidupan mewah. Agak tidak sopan pada mulanya, tetapi selepas berjumpa balik dengan anaknya, mereka mula menyukai kehidupan biasa sebagai ibu dan ayah.
  • Sage Moondancer: Seorang lemur bukit yang puitis dan telahpun bersumpah untuk tidak mencedarakan sesiapa pun.

Karakter Jahat

  • Raja Julien XII: Bapa sedara pada Raja Julien XIII yang memberikan takhtanya kepada anak sedaranya dalam cubaannya untuk membunuh anak sedaranya.
  • Karl: Seorang yang agak cerdik dan bijak pandai, dan merupakan musuh ketat kepada Raja Julien XIII. Beliau ada abang yang bernama Bruce.
  • Chauncey: Sebagai orang kanan kepada Karl, Chauncey selalu menjadi perisik Karl dan penolongnya, dan akan memberi apa-apa maklumat yang dia terdapat.
  • Crimson: Kakak kembar kepada Clover, Crimson suka mengorat dengan lemur-lemur lain, dan pernah pun hampir mengahwini Raja Julien XIII sebelum Clover cemburu dan menghalang perkahwinan itu.
  • King Julien the Terrible: Bekas Raja bagi kerajaan lemur Madagaskar, sebelum dia ditangkap dan dikurung oleh rakyatnya sendiri kerana beliau adalah seorang Raja yang zalim.
  • Mary Ann: Foosa betina yang ditangkap oleh Clover dan dilemurkan oleh Raja Julien XIII. Dia merupakan bekas isteri kepada Horst.
  • Magic Steve: Ahli silap mata yang nampak sama dengan Raja Julien. Dia menjadi wakil kepada Raja Julien untuk mesyuaratnya bersama kerajaan buaya. Dia akhirnya dimakan oleh Duta Buaya sendiri.

Senarai Episod

Musim 1

  1. King Me (19hb Disember, 2014)
  2. Poll Position (19hb Disember, 2014)
  3. Enter the Fanaloka (19hb Disember, 2014)
  4. Empty is the Head (19hb Disember, 2014)
  5. Return of the Uncle King (19hb Disember, 2014)
  6. Eat Prey Shove (3hb April, 2015)
  7. He Blinded Me With Science (3hb April, 2015)
  8. Viva Mort (3hb April, 2015)
  9. The Really Really Big Lie (3hb April, 2015)
  10. One More Cup (3hb April, 2015)

Musim 2

  1. My Fair Foosa (16hb Oktober, 2015)
  2. Diapers Are the New Black (16hb Oktober, 2015)
  3. Crimson and Clover (16hb Oktober, 2015)
  4. Pineapple Of My Eye (16hb Oktober, 2015)
  5. Gimmie Gimmie Gimmie: The Game (16hb Oktober, 2015)
  6. Body Double (16hb Oktober, 2015)
  7. Election (16hb Oktober, 2015)
  8. Daddy Julien (16hb Oktober, 2015)
  9. That's Sooo Rob (16hb Oktober, 2015)
  10. The Man in The Iron Booty (16hb Oktober, 2015)
  11. Monkey Planet (16hb Oktober, 2015)
  12. True Bromance (16hb Oktober, 2015)
  13. The King Who Would Be King (16hb Oktober, 2015)
  14. Are You There, Frank? It's Me, King Julien (16hb Oktober, 2015)
  15. The Phantom of Club Moist (16hb Oktober, 2015)
  16. King Juli-END? (16hb Oktober, 2015)

Musim 3

  1. O Captain My Captain Pt. 1 (17hb Julai, 2016)
  2. O Captain My Captain Pt. 2 (17hb Julai, 2016)
  3. Dance, Dance, Resolution (17hb Julai, 2016)
  4. Oh Brother Where Aren't Thou? (17hb Julai, 2016)
  5. Love Gauntlet (17hb Julai, 2016)
  6. Jungle Games (17hb Julai, 2016)
  7. Close Encounters of the Mort Kind (17hb Julai, 2016)
  8. The Butterfly War (17hb Julai, 2016)
  9. Fast Food Lemur Nation (17hb Julai, 2016)
  10. Get Off My Lawn (17hb Julai, 2016)
  11. Revenge of the Prom (17hb Julai, 2016)
  12. Eye of the Clover (17hb Julai, 2016)
  13. Run for the Border (17hb Julai, 2016)

Musim 4

  1. The All Hail King Julien Show (11hb November, 2016)
  2. The Neverending Clover (11hb November, 2016)
  3. Who Arted? (11hb November, 2016)
  4. That Sinking Feeling (11hb November, 2016)
  5. The Jungle Rooster (11hb November, 2016)
  6. The Good Book (11hb November, 2016)
  7. The King and Mrs. Mort (11hb November, 2016)
  8. King Julien: Superstar (11hb November, 2016)
  9. The Panchurian Candidate (11hb November, 2016)
  10. The Wrath of Morticus Khan (11hb November, 2016)
  11. Koto, Plain and Tall (11hb November, 2016)
  12. I, Maurice (11hb November, 2016)
  13. Un-King Me (11hb November, 2016)

Exiled/Dibuang Negeri

(Sila pergi ke Daulat Tuanku Raja Julien: Dibuang Negeri)

Musim 5

  1. Julien 2.0 (1hb Disember, 2017)
  2. Spin Cycle (1hb Disember, 2017)
  3. Night Creatures (1hb Disember, 2017)
  4. Tears in the Drain (1hb Disember, 2017)
  5. Squad Goals (1hb Disember, 2017)
  6. One More Cup, Part 2 (1hb Disember, 2017)
  7. There Will Be Juice (1hb Disember, 2017)
  8. Blackboard Jungle (1hb Disember, 2017)
  9. Lord of the Fruit Flies (1hb Disember, 2017)
  10. Karl-Mageddon (1hb Disember, 2017)
  11. King Julien is Watching You (1hb Disember, 2017)
  12. The End is Near (1hb Disember, 2017)
  13. The End is Here (1hb Disember, 2017)  

Penyuara

Penyuara Tambahan